page contents

Trend Terbaharu ! Cara Dropship Automatik Dan Jana Duit Dengan Shopee.

Sunday 13 March 2016

Inilah Punca Kaki Kram Dan Cara Menanganinya

Punca kaki kejang tidak selalu diketahui, namun umumnya disebabkan ataupun berkaitan dengan kecederaan semasa bersukan, kehamilan, dehidrasi, kekurangan pengambilan mineral tertentu, ataupun pendedahan cuaca sejuk.



Kejang otot, baik yang terjadi pada kawasan kaki atau kawasan lain, merupakan penguncupan atau menegangnya otot dengan kuat dan secara tiba-tiba. Kram boleh berlangsung selama beberapa saat hingga beberapa minit dan sering kali terjadi pada kaki. Kram kaki di malam hari sering kali mengenai otot betis. Keadaan ini sering terjadi ketika anda baru saja tertidur atau baru terbangun.

Inilah Punca Kaki Kram dan Cara Menanganinya

Berikut adalah pelbagai punca dan faktor risiko kaki kejang:

Kekurangan mineral seperti kalium, kalsium, dan magnesium boleh mengundang kaki kejang.

Tekanan terhadap saraf pada tulang belakang boleh membuat kaki terasa sakit kekejangan yang boleh memburuk bila semakin lama anda berjalan. Berjalan dengan kedudukan sedikit membongkok ke depan biasanya dapat meringankan kesakitan.
Bekalan darah yang tidak mencukupi. Penyempitan arteri yang mengalirkan darah ke kaki anda boleh menimbulkan kesakitan, contohnya kejang di kaki semasa anda sedang bersenam. Kram ini biasanya hilang dengan segera setelah anda berhenti bersenam.

Kekurangan air sehingga tubuh kehilangan banyak cecair.

Kehamilan. Keadaan kejang sudah biasa berlaku pada ibu hamil, terutama ketika bulan-bulan terakhir kehamilan. Kemungkinan hal ini berlaku oleh kerana kekurangan kalsium dan magnesium.

Kecederaan atau menggunakan otot secara berlebihan. Terlalu lama duduk, berdiri lama di atas permukaan yang keras, atau meletakkan kaki pada kedudukan yang tidak selesa semasa tidur juga boleh membuat otot kaki menegang atau kejang.

Terdedah kepada suhu sejuk, khususnya air sejuk. Biasanya berlaku selepas mandi dengan air sejuk atau kehujanan.

Kesan sampingan daripada ubat-ubatan seperti pil perancang keluarga, ubat antipsikotik, diuretik, statin, dan steroid.

Jangkitan seperti tetanus juga boleh menyebabkan kejang otot dan kejang.

Penyakit hati juga boleh mengundang kejang pada kaki. Apabila organ hati tidak dapat berfungsi dengan baik, racun di dalam darah akan meningkat dan boleh membuat otot kejang.

Keadaan perubatan lain seperti penyakit buah pinggang, penyakit tiroid, multiple sclerosis, atau masalah aliran darah (penyakit arteri periferal).
Begini Cara Menanganinya
Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menangani kekejangan.

Hentikan aktiviti dan lemaskan otot dengan regangan ringan. Gerakkan kaki dengan berjalan perlahan-lahan. Hal ini bertujuan menghantar isyarat di dalam tubuh bahawa otot anda butuh mengecut kemudian kelonggaran.

Urut pada bahagian otot yang menegang.

Kompres dengan air panas atau mandi dengan air panas. Namun, cara ini tidak digalakkan bagi mereka yang menghidap diabetes, kecederaan saraf tulang belakang, atau keadaan lain yang tidak membolehkan anda merasakan suhu panas.

Minum air putih atau minuman yang mengandungi elektrolit secukupnya untuk menghidrasi tubuh. Cara ini mungkin memerlukan waktu yang relatif lebih lama. Namun, hal ini dapat mencegah terjadi kejang seterusnya.

Ganjal hujung kaki dengan bantal semasa tidur untuk mencegah kekejangan.

Pengambilan makanan kaya magnesium seperti kacang-kacangan dan biji-bijian bila anda sering mengalami kejang kaki yang tidak berkaitan dengan keadaan kesihatan lain. Namun, untuk ibu hamil dinasihatkan berjumpa dengan doktor terlebih dahulu bila ingin mengambil makanan tambahan magnesium.

Gunakan ubat-ubatan pelega sakit, seperti ibuprofen atau gel penahan sakit sesuai petunjuk penggunaan.

Untuk mencegah kejang datang lagi, cubalah untuk rutin melakukan urutan pada bahagian tubuh yang sering kejang, melakukan pemanasan sebelum bersenam, cukupi keperluan air putih, dan mineral seperti kalsium, magnesium, dan lain-lain. Selain itu, pakailah alas kaki yang layak dan nyaman untuk otot kaki.

Sumber: http://www.alodokter.com/Inilah-Penyebab-Kaki-Kram-dan-Cara-Menanganinya

Note:

Jika kekurangan nutrisi atau mineral juga boleh menyebabkan kekejangan, oleh itu cara mengatasi mengambil makan tambahan dan minum air kosong yang secukupnya. Badan kita sudah terlalu banyak dengan radiasi persekitaran dan makanan. Untuk membuang radiasi didalam badan kita memrlukan anti oksiden untuk menangani semua radiasi di dalam tubuh badan manusia.

Dengan produk Bio Spektra Manna Plus anda tidak perlu pening kepala kerana segala nutrisi dan anti oksiden cukup menyihatkan tubuh badan anda yang optimum. Manna Plus juga boleh mengoptimumkan imuniti kesihatan badan seseorang.

Dapatkan sekarang Bio Spektra..

No comments:

Post a Comment