page contents

Trend Terbaharu ! Cara Dropship Automatik Dan Jana Duit Dengan Shopee.

Thursday, 17 March 2016

Mengambil Manfaat Coklat Untuk Kesihatan

Mengambil Manfaat Coklat Untuk Kesihatan

Pelbagai rasa coklat kini boleh dengan mudah ditemui di pusat membeli-belah. Variasi rasa yang menggoda makin menarik minat para penggemarnya. Coklat juga disebut-sebut mempunyai manfaat kesihatan. Apa saja manfaat yang dimaksudkan?

Kandungan utama coklat adalah koko. Zat flavanol dalam koko mempunyai kesan antioksidan yang mampu mengurangkan kerosakan sel yang mempengaruhi risiko kesihatan seperti sakit jantung. Kandungan flavanol dalam coklat susu lebih sedikit berbanding coklat hitam (dark chocolate).



Menekan Risiko Penyakit

Pada sebuah kajian, disebutkan bahawa coklat bermanfaat mengelakkan seseorang terkena penyakit kardiovaskular. Kesan-kesan yang boleh didapatkan antara lain:
Menurunkan tekanan darah. Rata-rata, penggunaan coklat menekan tekanan darah sistolik hingga dua mata. Selain coklat, beberapa makanan juga diketahui membantu mengawal tekanan darah tinggi.

Meningkatkan HDL (high-density lipoprotein) yang juga dikenali sebagai kolesterol baik. Coklat juga sekaligus dapat menurunkan LDL (low-density lipoprotein) atau kolesterol jahat.

Mencegah diabetes dengan memperbaiki rintangan insulin. Untuk pesakit diabetes jenis 2, manfaat lain yang didapatkan adalah meminimakan komplikasi dari gula darah yang tinggi. Perlu juga diketahui beberapa jenis makanan yang bersahabat bagi pesakit diabetes.

Memperlancar aliran darah.

Kajian lain mendapati bahawa coklat hitam yang digunakan dapat mengurangkan sindrom keletihan kronik yang dialami tiap hari.
Selain itu, kajian terhadap bahan-bahan biologi aktif dari coklat seperti methylxanthine, menunjukkan kemampuannya untuk mencetuskan keghairahan seksual.

Kesan yang dapat merugikan

Malangnya pada sisi lain, penggunaan coklat juga boleh mendatangkan kesan yang merugikan bagi tubuh. Misalnya mencetuskan timbulnya jerawat. Meski coklat tidak pernah disebut sebagai punca utama jerawat, tetapi beberapa jenis bahan makanan seperti gula, sirap jagung, dan karbohidrat tertentu, tidak jarang dicampurkan ke dalam coklat kemasan.

Rasa coklat yang nikmat juga tidak jarang menyebabkan penagihan atau ketagihan. Jika hal ini berlaku, maka bukan mustahil coklat dapat meningkatkan berat badan lantaran dimakan berlebihan. Keadaan berat badan berlebihan justru akan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.

Trik Mengambil Coklat

Banyak coklat dalam bungkusan yang dipasarkan saat ini menambah banyak bahan tambahan sehingga mengakibatkan peningkatan kandungan lemak, gula, dan kalori. Hal itu justru dapat meningkatkan penambahan berat badan yang berujung pada pelbagai risiko penyakit.

Pada dasarnya koko dalam coklat mengandungi zat gula dan lemak yang rendah. Sementara, serat tidak larut yang dimiliki koko sebahagian besar berasal dari kulit ari biji koko yang belum diproses.

Jika anda ingin mengambil manfaat coklat untuk kesihatan, maka pilih serbuk koko tanpa pemanis yang boleh disajikan pada susu rendah lemak, bubur gandum, atau makanan dan minuman lain yang anda konsumsi.

Satu sudu makan serbuk koko tanpa pemanis mengandungi 20 kalori, kira-kira 0.5 gram lemak dan 1 gram serat. Koko jenis itu juga tidak mengandungi lemak tepu.
Berbeza dengan 2 auns atau 56 gram coklat susu yang rata-rata mengandungi 270 kalori, 17 gram lemak, dan 10 gram lemak tepu. Coklat susu sama sekali tidak mengandungi serat.

Coklat memang boleh mendatangkan manfaat bagi tubuh, namun sebelum membeli, perhatikan label pada bungkusan dari produk yang anda pilih. Sebaiknya elakkan produk dengan banyak bahan tambahan serta pemanis yang berlebihan.

Sumber:http://www.alodokter.com/mengambil-manfaat-cokelat-untuk-kesehatan

Note:

Makanlah makanan yang berkhasiat untuk menjamin kesihatan dan imuniti yang optimum, kami mempunyai 16 jenis produk boleh membantu anda  masalah kesihatan dan merawat penyakit. Produk kami ada makanan tambahan yang berasaskan kekacang, bijiran dan rempah ratus yang selamat dimakan dan halal. 

No comments:

Post a Comment